Wednesday, April 22, 2009

Lautan Ilmu dan buku

Salam buat semua,

Maaf agak lama tak menulis. Jumaat lepas aku bersama keluarga pergi ke Pesta Buku Antarabangsa. Biasanya ini merupakan acara tahunan kami sekeluarga cuma tahun lepas tak berkesempatan pergi sebab boss (hubby :) aku) ada program lain. Anak2 dah mula bising nak pergi Pesta Buku tahun ni, jadi selepas solat jumaat kamipun bertolak. Sampai di KL jam 8.30 malam. Menginap di hotel yang berdekatan dengan PWTC supaya senang nak ke pesta buku. Keesokan harinya selepas sarapan di hotel kamipun berjalan kaki ke PWTC. Acara yang ditunggu oleh anak2 ialah mendapat elaun untuk membeli buku dari ayah. Setelah semuanya mendapat elaun, masing-masing mencari haluan sendiri.
Aku dan anakku yang bongsu mula berjalan menyusuri gerai2 buku yang begitu banyak sekali. Ramainya orang sehingga susah untuk bergerak. Pelbagai jenis buku yang terdapat di Pesta Buku ini. Lautan ilmu tersaji di sini untuk diratah, dimamah dan dihadam oleh jutaan manusia yang hadir.
Aku teringat dengan ayat pertama yang Allah turunkan dalam surah Al Isra' yang berbunyi "Iqra" bermaksud 'bacalah'. Saranan untuk kita membaca dan mencari ilmu. Dalam surah Muhammad ayat 19 Allah berfirman yang bermaksud "Ketahuilah, Tiada Tuhan melainkan Allah, minta ampunlah kepada Allah atas kesalahanmu dan mukminin dan mukminat". Ulama tafsir Imam Sufian bin Uyainah mengatakan Allah mulakan ayat ini dengan perkataan "ketahuilah" maknanya kita kena berilmu dahulu, barulah kita boleh mengenali Allah dan beramal selepas itu. Betapa besarnya peranan ilmu. Tanpa ilmu kita tidak boleh mengenal pencipta kita sekaligus bagaimana untuk beriman denganNya.
Aku hanya sempat membeli beberapa buah buku sahaja untuk kali ini memandangkan kami kesuntukan masa dan perlu bertolak pulang ke Penang kerana perlu menghadiri satu lagi program ldi sebelah malamnya. Rasa ketidakpuasan menghadiri Pesta Buku kali ini masihku rasai lagi kerana masih banyak buku yang belum sempatku cari dan beli. InsyaAllah moga dapat hadir lagi di Pesta Buku Antarabangsa tahun hadapan.

Sitees Pg

Wednesday, April 15, 2009

Salam buat semua,

Semalam semasa aku tengah buat persediaan nak pergi ke suatu program, aku mencari sesuatu untuk dijadikan muqaddimah semasa membuka majlis. Kemudian aku terjumpa dengan suatu ayat al Quran yang menjadi tema blog aku ni. Surah Al Zalzalah ayat 7 firman Allah yang bermaksud "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan walau seberat zarah dia akan melihat balasannya." Ini menunjukkan betapa kasihnya Allah pada kita walau sekecil mana kebaikan yang kita buat ada balasannya. Kemudian aku teliti pula hadis Nabi, dalam kitab Riyadhus Shalihin bab 13 "Banyaknya Jalan-jalan Kebaikan" aku jumpa satu hadis walaupun nampak mudah tetapi ada orang susah hendak melaksanakannya terutamanya bagi yang mempunyai masalah. Hadis tersebut berbunyi "Janganlah engkau menghina sesuatu kebaikan sedikitpun, sekalipun hanya dengan menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri." Mudahkan hadis ni. Aku harap dapat melaksanakan kebaikan yang tak perlukan modal yang banyak ini. Moga ada manafaatnya pada kalian yang membaca coretan ku ini.

Tuesday, April 14, 2009

Tima kasih pada saudara-saudara yg beri sokongan

Assalamualaykum buat semua

Hari ini merupakan hari ketiga lahirnya blog ku ini. Alhamdulillah respon dari saudara-saudara ku amat positif sekali. Semoga menerusi blog ini dapat aku berkongsi ilmu, pandangan dan pengalaman dengan orang lain dalam mengharungi kehidupan ini.
Harapanku juga supaya blog ini menjadi medan untuk kita "berpesan-pesan dgn kebenaran dan berpesan-pesan dgn kesabaran." Wassalam.

Saturday, April 11, 2009

Salam, jutaan terima kasih buat sifu-sifu yang tolong ajar buat blog, Puan Hjh Nor Azizah Haron (Kak Zah)dan Saudara Ariff Budiman (Bdman). Sebelum ni tak teringinpun nak buat blog cuma suka baca je. Saya mula minat baca blog ni bila adik ipar saya bagi tau dia ada buat blog dan jemput saya untuk layari blog tu. Lepas buka blog dia saya jumpa blog2 lain. Mulai dari situlah saya kerap buka blog bila berkesempatan. Bila baca blog ni terhibur juga rasanya membaca kisah-kisah yang pelbagai dan tak kurang juga tazkirah dan pengalaman yang bermacam ragam. K tu dulu.

Sitees 67.

Cuba jgn nangis




Try Not to Cry
Salam, hari ini hari pertama aku belajar buat blog. Anak sulungku(Ct Hamnah) dan anak saudaraku(Hermawan) ketawa melihat aku terkial-kial membuat blog. Seronok juga dapat ilmu baru hari ini, selalunya aku hanya membaca blog-blog orang lain sahaja tetapi hari ini aku cuba buat blog yang tak sepertinya ini.