Wednesday, April 22, 2009

Lautan Ilmu dan buku

Salam buat semua,

Maaf agak lama tak menulis. Jumaat lepas aku bersama keluarga pergi ke Pesta Buku Antarabangsa. Biasanya ini merupakan acara tahunan kami sekeluarga cuma tahun lepas tak berkesempatan pergi sebab boss (hubby :) aku) ada program lain. Anak2 dah mula bising nak pergi Pesta Buku tahun ni, jadi selepas solat jumaat kamipun bertolak. Sampai di KL jam 8.30 malam. Menginap di hotel yang berdekatan dengan PWTC supaya senang nak ke pesta buku. Keesokan harinya selepas sarapan di hotel kamipun berjalan kaki ke PWTC. Acara yang ditunggu oleh anak2 ialah mendapat elaun untuk membeli buku dari ayah. Setelah semuanya mendapat elaun, masing-masing mencari haluan sendiri.
Aku dan anakku yang bongsu mula berjalan menyusuri gerai2 buku yang begitu banyak sekali. Ramainya orang sehingga susah untuk bergerak. Pelbagai jenis buku yang terdapat di Pesta Buku ini. Lautan ilmu tersaji di sini untuk diratah, dimamah dan dihadam oleh jutaan manusia yang hadir.
Aku teringat dengan ayat pertama yang Allah turunkan dalam surah Al Isra' yang berbunyi "Iqra" bermaksud 'bacalah'. Saranan untuk kita membaca dan mencari ilmu. Dalam surah Muhammad ayat 19 Allah berfirman yang bermaksud "Ketahuilah, Tiada Tuhan melainkan Allah, minta ampunlah kepada Allah atas kesalahanmu dan mukminin dan mukminat". Ulama tafsir Imam Sufian bin Uyainah mengatakan Allah mulakan ayat ini dengan perkataan "ketahuilah" maknanya kita kena berilmu dahulu, barulah kita boleh mengenali Allah dan beramal selepas itu. Betapa besarnya peranan ilmu. Tanpa ilmu kita tidak boleh mengenal pencipta kita sekaligus bagaimana untuk beriman denganNya.
Aku hanya sempat membeli beberapa buah buku sahaja untuk kali ini memandangkan kami kesuntukan masa dan perlu bertolak pulang ke Penang kerana perlu menghadiri satu lagi program ldi sebelah malamnya. Rasa ketidakpuasan menghadiri Pesta Buku kali ini masihku rasai lagi kerana masih banyak buku yang belum sempatku cari dan beli. InsyaAllah moga dapat hadir lagi di Pesta Buku Antarabangsa tahun hadapan.

Sitees Pg

No comments:

Post a Comment